Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru lepasan diploma yang tidak terlibat dengan kenaikan gred atau pangkat pada 1 Jan tahun depan supaya bersabar kerana perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.
Timbalan Perdana Menteri berkata masih terdapat keperluan dan kemungkinan dalam beberapa kes untuk diberi pertimbangan dan beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tahu kedudukan perkara itu.
Muhyiddin, yang Menteri Pelajaran, ditanya pemberita mengenai pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Guru 16 Mei lepas mengenai kenaikan pangkat dan gred guru tertentu dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah warga pendidik.
"Saya sedar mengenai perkara ini (tidak puas hati) kerana ramai menghantar SMS. Saya akan bincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran untuk mencari jalan memenuhi tuntutan kesatuan-kesatuan guru.
"Kerana bilangan mereka ramai, dalam apa jua keadaan kita kena ambil kira keupayaan kerajaan. Dalam situasi sekarang kita hendak jimat belanja dan mengurangkan defisit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pejabat Pendidikan Baling/Sik berharga RM4.3 juta di Baling, hari ini.
baca selanjutnya

No comments:
Post a Comment