Tuesday, May 10, 2011
NISSAN GRAND LIVINA
LIVINA 1.8 IMPUL
al kisah...Jika ada orang tanya , mana sayang antara isteri dengan kereta. apakah jawapan anda? Jawapannya mestilah kereta. Eh! kenapa pulak kereta bukan isteri. Mana tidaknya kereta selalu digosok, dicuci dan dijaga rapi. Setiap malam ia akan diselimuti kain. sekiranya ada orang mendekatinya dimarahinya, diherdiknya, silap hari bulan dipukulnya sampai mati, kerana kereta juga suami sanggup bergaduh ditepi jalan. Semua itu tidak berlaku pada isteri. isteri digosok, di belai bila perlu sahaja. Masa nak ehmmm... Alangkah bahagianya si isteri jika suami melakukan sebagaimana dengan kereta..dunia 2...hehehe
Sanggup tambah eksoseri kereta walaupun harganya beribu ringgit. jika isteri minta menambah koleksi barang kemas dikatanya membazir, kena simpan banyak duit lah ..pandai pulak kata untuk anak2, kena berjimat cermatlah. sebab kerajaan tidak naikkan gaji sudah lebih 5 tahun. berbagai alasan diberi oleh si suami tetapi jika pada kereta, sanggup buat apa sahaja. ekzoz boleh dikatakan setiap bulan tukar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pesen dio la jogho
ReplyDeletetu..lcd tu bila nak beli
ReplyDelete